Thursday 12 July 2012

LAMA V BARU

Saya mendapat tahu mengenai perobohan Penjara Pudu apabila melihat rancangan video di internet baru-baru ini. Cadangan untuk menulis artikel ini membuat saya terpanggil untuk mendalami sedikit sebanyak rahsia penjara berusia lebih 100 tahun ini.

Mula dibina pada 1891, penjara yang menyerupai bentuk Penjara Kandy di Bogambia ini siap sepenuhnya pada 1895 dengan menggunakan batu bata yang dilepa dengan simen yang diimport dari negara jajahan British ketika itu. Menelan belanja sebanyak RM 15,360.90 (harga pada 1800-an), tidak hairanlah bahagian dalam penjara ini sejuk jika dibandingkan dengan keadaan cuaca di luar. Campuran bahan seperti granit (ada yang memanggilnya batu gua kerana dapat ditemui di gua) dan reka bentuknya ( kebanyakan bangunan kolonial British mempunyai 2 lapisan dinding) merupakan faktor penyumbang kepada keadaan ini. Ini sekaligus membataskan pergerakan para banduan yang terpaksa menghabiskan tempoh hukuman mereka di dalam sel penjara yang cukup menyeksakan. Tembok Penjara Pudu telah dibina pada Februari 1891 dan siap dibina pada Ogos 1892.  Sebanyak 2000 liter cat digunakan oleh para banduan untuk melukis mural telah mencipta rekod dunia dengan 384 meter panjang dan 4.5 meter tinggi.  Kini Penjara Pudu hanya tinggal sebagai kenangan sejarah. Patutkah Malaysia mengorbankan sejarah demi mengejar pembangunan? Inilah persoalan yang ditimbulkan oleh Profesor Emeritus Dr. Khoo Kay Khim.

Timbalan Menteri Kewangan , Datuk Dr.Awang Adek Hussin berkata di Dewan Rakyat bahawa, Penjara Pudu bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan oleh Malaysia. Kerajaan telah memutuskan bahawa Penjara Pudu bukan tapak warisan dan tidak harus dijadikan tapak warisan. Ya, saya akui. Tempat yang digunakan untuk “menyimpan” penjenayah bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan. Namun, senibina penjara tersebut yang berusia 118 tahun bukanlah sesuatu yang dapat dicari pada masa kini. Mungkin teknologinya tidak secanggih Menara Berkembar Petronas namun, nilai estetika yang dimilikinya tidak mungkin bertukar ganti. Terletak di radius segitiga emas di ibu negara, Penjara Pudu terpaksa akur kepada pelebaran jalanraya dan juga pembangunan yang dikatakan telah dapat menarik perhatian pelancong serta pelabur. Mengingat kembali petikan kata-kata bijak pandai, “Bangsa yang tidak menghargai sejarah sendiri, ia tidak akan menjadi bangsa yang berjaya”.
Penjara ini pernah menempatkan seramai 6550 orang banduan yang menyebabkan kesesakan sehingga memaksa banduan mengambil giliran untuk tidur. Akhirnya pada 1 November 1996, jam 9.05 pagi, Penjara Pudu dengan rasminya ditutup apabila kesemua penghuninya berpindah ke Penjara Sungai Buluh yang dapat menampung jumlah banduan yang lebih ramai. Sejak itu, Penjara Pudu terbiar kosong. Ia pernah dibuka seketika dan belanja sebanyak RM 1.7 juta digunakan untuk ubah-suai penjara tersebut untuk menjadikannya tarikan pelancong.  Malangnya, usaha tersebut hanya hangat-hangat tahi ayam.

Secara jujur, saya agak terkilan dengan jawapan menteri terbabit di Dewan Rakyat . Jika dilihat seperti di negara tuan rumah Piala Dunia 2010, Afrika Selatan, mereka masih mengekalkan penjara di Pulau Robben yang pernah menempatkan Nelson Mandela ketika beliau menentang dasar Apartheid di sana. Filipina juga masih membuka lawatan kepada pelancong untuk melihat penjara yang pernah digunakan untuk memenjarakan tokoh besar negara itu, Jose Rizal. Baiklah, mungkin hakikat ini boleh diterima sekiranya dikatakan penjara-penjara ini menempatkan tokoh-tokoh yang berjuang demi tanah air mereka. Bagaimana pula dengan Penjara Alcatraz? Drama bersiri “Prison Break” lakonan Dominic Purcell dan Wentworth Miller adalah adaptasi daripada kisah sebenar pembolosan banduan daripada Penjara Alcatraz pada tahun 1962. Penjara ini kini dibuka kepada pelawat.

Ini menunjukkan bahawa, walaupun tidak semuanya mengenai penjara adalah sesuatu yang baik, namun masih terdapat nilai yang dapat digunakan untuk peringatan kepada generasi akan datang. Antara penjenayah terkenal yang pernah mendiami Penjara Pudu ialah Wong Swee Chin atau lebih dikenali sebagai Botak Chin. Mendapat jolokan Robin Hood Malaysia, dia ialah penjenayah yang paling berbahaya pada ketika itu dan akhirnya menjalani hukuman gantung pada 11 Jun 1981. Blok D Penjara Pudu yang menempatkan bilik terakhir dan juga bilik gantung telah menyaksikan seramai 180 orang  yang menjalani hukuman di antara tahun 1960 hingga 1993. Bagi mereka yang mempunyai pengalaman di sini (banduan, warden penjara dan polis) pasti merasa kesal apabila kenangan mereka diragut dengan perobohan ini. Seorang warden penjara pernah menceritakan bahawa para banduan di blok D akan menyanyi sepanjang malam apabila rakan mereka bakal menjalani hukuman gantung pada keesokan paginya. Walaupun mereka merupakan penjenayah , orang yang pernah melanggar undang-undang, ternyata mereka masih mempunyai perasaan kemanusiaan.

Penjara Pudu juga menjadi saksi kepada penahanan dua orang awam pada 1985 iaitu Dr. Radzi Jaafar dan Dr.Abdul Aziz Abdul Majid di bilik rawatan penjara tersebut oleh 6 orang banduan yang diketuai oleh Jimmy Chuah.  Penahanan ini berakhir 6 hari kemudian selepas banduan menyerah diri.

Tragedi yang menarik perhatian dari dalam dan luar negara ini seharusnya dijadikan iktibar. Presiden Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia, Prof Dr. Jariah Masud memberitahu, tiada siapa yang boleh menyangkal Penjara Pudu mempunyai nilai sejarah, tetapi tiada siapa boleh menolak pembangunan. Pembangunan di kawasan itu dikatakan lebih positif berbanding dengan pemeliharaan Penjara Pudu sebagai tempat penyimpanan banduan. Saya tidak bersetuju dengan kenyataan ini. Seperti yang pernah diwar-warkan suatu ketika dahulu, rakyat Malaysia perlu mengubah minda untuk menjadi bangsa kelas pertama. Bagaimana? Adakah dengan pemodenan dan pembangunan, taraf pemikiran sesuatu bangsa dapat dipertingkatkan?

Melihatkan keadaan di Malaysia sekarang, kadar jenayah semakin membimbangkan. Kebanyakannya melibatkan golongan remaja. Pernah dengar mencegah lebih baik daripada mengubati? Undang-undang dan penjara tidak dapat dipisahkan. Tidak salah jika saya cadangkan jika Penjara Pudu ini digunakan sebagai medium untuk pemulihan dan menyedarkan mereka yang masih baru melibatkan diri dengan jenayah. Konsep “rehab” boleh digunakan dengan menempatkan atau mungkin membawa mereka melihat betapa sukarnya kehidupan di dalam penjara. Nukilan-nukilan banduan dapat dilihat di dinding-dinding sel, dan ini sedikit sebanyak dapat membantu anak-anak muda kita sedar sebelum terlewat.

Bangunan lama ini bakal digantikan dengan pembangunan yang menggunakan teknologi canggih. Persoalannya , adakah pelabur sanggup melaburkan wang di atas tempat yang pernah menjadi tapak untuk menggantung banduan? Adakah logik jika dibangkitkan isu “mistik” pada zaman moden yang serba canggih? Ketika manusia sudah dapat menjejaki kaki di bulan, ketika kita dapat berhubung dengan benua bersebelahan tanpa menggunakan burung merpati, adakah isu “hantu” ini relevan? Jujur saya akui, saya masih mempercayai mengenai kewujudan entiti ini. Ada warden yang pernah mendengar suara-suara tangisan dan meminta tolong di bilik terakhir ketika proses pengosongan penjara ini. Mungkin ianya kedengaran karut, tetapi itulah pengalaman mereka. Sedangkan ahli parlimen kita sendiri, Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) ketika bersidang di Dewan Rakyat berkata, “Penjara Pudu itu banyak hantu! Siapa yang hendak beli? Beribu-ribu hantu berkeliaran kerana ramai banduan digantung di situ sejak lebih 100 tahun dahulu. Hantu memang ada dan bila mereka melihat ia dirobohkan, sudah pasti akan menyimpan dendam terhadap semua yang terlibat dalam perobohannya. Bodohlah siapa yang akan belinya nanti, sanggupkah berjiran dan duduk bersama dengan hantu!"

Ini mungkin, sekadar khabar angin. Sejauh mana kebenarannya masih belum kita ketahui. Sekiranya ia betul , maka negara kita bakal mengalami kerugian berbillion ringgit.

Namun kini, semuanya telah terlambat. Tanggal jam 10.20 malam pada 21 Jun 2010, Penjara Pudu sedikit demi sedikit menyembah bumi. Yang tinggal hanyalah nama. Namun, kita masih mungkin menarik lafas lega apabila pihak yang terbabit bersetuju untuk mengekalkan pintu gerbang serta 2 lukisan mural yang terletak di bahagian kiri dan kanan pintu utama. Sekurang-kurangnya, masih terdapat sedikit sisa untuk tatapan generasi akan datang dan mungkin juga untuk mereka yang belum berkesempatan mengunjungi Penjara Pudu seperti saya. Walaupun projek Bukit Bintang City Centre
( BBCC ) yang akan menelan belanja lebih kurang RM 5 billion ini bakal menggantikan Penjara Pudu , hakikatnya Penjara Pudu tidak akan hilang begitu saja……..


~Cik Musleeha Muhamad ~
Intermediate Jan 2010


Speaker’s Square, Penang


On Sunday, June 27, 2010, Public Law Lecturer Mr. Mark Cephas Tan took his class of Intermediate students to the Speaker's Square inPenang. It is truly unique in the sense that it is the one and only in this country.


Speaker's Square seems rather out of place here in Malaysia. It sounds more like a fancy foreign thing. We are indeed lucky and indebted to the Penang State Government for this privilege.


It was drizzling slightly and grey clouds hung ominously. Still, upon arriving there, there was a sizeable crowd. I spotted my friend among his Gerakan comrades. They spotted us too, and before long, we engaged in a conversation. The awkwardness with the new place quickly disappeared. More and more people came and gathered. The Gerakan group seemed poised to talk. Mr. Sanjay Kumar Kanchanlal, Senior Public Law Lecturer, joined us halfway with his wife.


With half the crowd folding their arms, the first speaker, from the Gerakan group took his place and started speaking. Catering to the majority of the crowd, he spoke in Mandarin about issues beleaguering the island and directed his jabs at its Chief Minister.


Though the drizzle showed no signs of stopping, the crowd increased steadily. I noticed a small group, distinct from the crowd, armed with notebooks, pens and some with cameras. As the speaker spoke on, they were jotting down notes and snapping shots. Immediately after the speaker was done, they surrounded him and posed questions, chimed in by snapshots of large cameras.


The chain of speakers continued with the second speaker taking the centre stage, also from the Gerakan group.


It was not long until a few senior citizens started to get rowdy and  jeered at the Gerakan speaker. One passion driven uncle took the front page of a Chinese daily and pointed to the words out loudly. Together with his gang, they were rather affluent with Hokkien vulgarity. Later on, I learnt that they were Rocket supporters, and the issue at hand was politicised. 


I had fun and some real insight. Regardless of our political affiliations, school of thoughts, I think (in general) Malaysians are not up to that kind of standard of maturity just yet.
Most people just want to talk, or they want to hear want they want to hear. No one is listening properly, and almost certainly, no one has bothered to research an issue thoroughly enough.


Though I believe the establishment of such a place is 'coming of age' for Malaysians.


There were also claims saying that the place is merely a political agenda of politicians. Despite its triteness, people still do not seem to grasp the saying that politicians are politicians, and the ultimate goal of any politicians is to gain power. I doubt the existence of a 'kind and fatherly politician’. They will have their own agendas, because that's what they do. However, we as the people could control and subject them to responsibility and accountability, through our identity as voters. So, to me, *even* if the Speaker's Square is part of any political agenda, there is nothing wrong with it. The people want it, the people like it. Politicians usually do what the people want and like to gain support. So we end up with a place where we can talk freely and exchange ideas and speak in the public because politicians built it, in their quest for power. Is it a bad thing? I doubt so. The voters are only fulfilling their function, and their function is to make them politicians *work* for power.


I'm already thinking of going for the second time.


~ Daniel Teoh ~
Intermediate Jan 2010

5th LAWASIA International Moot Competition



LawAsia Moots The Law Asia Moot may be imagined to be a fun and beneficial event to a minority of law students and a nightmare to the rest. Having been a participant myself, I'd take a mid-point stand to say that it was indeed fun and beneficial but the workload is a nightmare without a doubt. In class, we are faced with an approximate 10-line question of facts. In the Lawasia Moot, you would face an approximate 10 page question of facts in a field of law so random you might not even be in relation to.

 However, if you can and want to withstand that pressure put upon you to overcome all obstacles thrown upon you to get to that judgmental Moot Court, I assure you that it will be a magnificent feeling when you are able to present your ideas, your arguments and your confidence to the judges who consist of big shot Lawyers, High Court Judges, Court of Appeal Judges, Federal Court Judges and even the Lord Chief Justice himself. You will feel like a lawyer. You will appreciate the mechanics of law and most significantly, you will be able to apply your new found argumentative knowledge to your present syllabus of study to create an explosion within your personal boundaries with regards to the field of law. ~ Daniel Chuah~ Intermediate 2010


Ms. Irene Kam (ATC KL, extreme left), Kuhen Gopal (second from left) & Daniel Chua (third from left) Daniel Chuah, Kuhen Gopal and Saravanesh Supramaniam did well to reach the Semi-finals. They had no formal training and emerged champions in their own right . ~The Gavel


Saravanesh S (third from left) & Daniel Chua second from right) at the Law Asia Moot.